Friday, August 22, 2008

Are WE Safe Here in Putra Heights?

Konstabel dituduh rogol pelajar di balai polis
Jul 18, 08
6:00pm


Seorang konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di
Petaling Jaya hari ini terhadap tuduhan merogol seorang pelajar perempuan di
Balai Polis Putra Heights, kira-kira sebulan lalu.

Jamil Abdul Sah, 27, didakwa merogol gadis berusia 17 tahun itu di
bilik maklumat, balai berkenaan antara jam 6 dan 7 pagi, 18 Jun
2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun
Keseksaan dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga
disebat.

Jamil juga mengaku tidak bersalah, di tempat dan masa yang sama, atas
pertuduhan meminta mangsa melakukan seks di luar tabii, demikian menurut
Bernama.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan dan
jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga
disebat.Peguambela Ariff Azami Hassan, yang mewakili Jamil ketika rayuan,
berkata Jamil adalah penanggung tunggal keluarga dan mempunyai dua anak serta
isteri.

Penolong Pendakwa Raya Norshamsinar Mohamad memohon agar mahkamah tidak
menawarkan ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan adalah satu kesalahan
serius dan jika tertuduh dilepaskan dibimbangi dia akan mengganggu pelajar dan
saksi pendakwa.

Hakim Balqis Ain Mohd Ali kemudian menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan untuk tarikh perbicaraan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...