Friday, September 26, 2008

Sajak Kemerdekaan

51 Tahun Dahulu...

51 Tahun dahulu
Telah berdiri semua bangsaku
telah bersama mereka laungkan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

51 Tahun dahulu
Suasana penuh bangga
Mereka telahpun berjaya
Memerdekakan diri mereka
Membebaskan diri dari penjajah durjana

51 tahun dahulu
Kemerdekaan diisi
Dengan keringat dan darah merah menyala
Dengan kesatuan antara semua bangsa
Dengan usaha berhenti tiada

Tapi kini...
51 tahun telahpun berlalu
Kemerdekaan kini diisi
Dengan hilai awa disana-sini
Dengan party hingga dinihari
Dengan arak dan ecstacy
Dengan Mat Rempit seolah membunuh diri
Dengan penagih, berlonggok di pusat Serenti

51 tahun telahpun berlalu
Apakah masih merdeka jiwa mereka?
Apakah mesih merdeka jiwa kita?
Apakah masih merdeka jiwaKU?

51 tahun telahpun berlalu...
Wahai pemimpin negara
Bantulah kami
Generasi muda pelapis kepimpinan
Kami tak kenal apa itu merdeka
Kami tak tahu apa itu kebebasan
Pada kami, Merdeka hanya sekadar laungan yang kosong
Yang kosong dari sebarang makna
Tanpa jiwa
Tanpa pengertian

Nukilan - Chaeryl Zachary Young - 30 Ogos 2008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...