Friday, April 25, 2008

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional (Yang Runtuh)

Malam Jumaat yang lalu saya mendapat panggilan dari adik saya yang sedang mengikuti program PLKN di Kem Kubena, Sipitang, Sabah. Katanya pada pukul 10 pagi hari keesokan harinya mereka akan diangkut keluar dari kem mereka dan dibawa balik ke Semenanjung untuk meneruskan modul PLKN mereka. Ini disebabkan kem mereka terpaksa ditutup akibat tanah runtuh yang melanda kem tersebut. Saya difahamkan bahawa sebelum ini telah berlaku kes tanah runtuh sebanyak beberapa kali tetapi ia melibatkan kawasan-kawasan seperti padang kawad. Akan tetapi tanah runtuh kali ini berlaku terlalu hampir dengan asrama kediaman para pelatih menyebabkan keseluruhan kem tersebut terpaksa ditutup.



Menurut adik saya lagi, tanah runtuh tersebut berlaku hanya kira-kira 1 meter dari bangunan asrama mereka. Runtuhan juga turut menjejaskan keselamatan asrama pelatih perempuan yang berada di atas cerun yang runtuh tersebut.



Sehingga kini tiada sebarang berita tentang penutupan kem ini disiarkan samaada di saluran media arus perdana mahupun Internet.



Mendengarkan berita tersebut, ayah saya yang merupakan seorang pakar kajibumi telah menghubungi sahabat beliau di Sabah untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu ini. Menurut beliau, kem tersebut telah dibina secara tergesa-gesa di atas kawasan tanah tinggi kira-kira 5 tahun dahulu tanpa merujuk kepada Jabatan Mineral dan Geosains yang mengawalselia pembangunan di kawasan cerun bukit. Cerun-ceru bukit tersebut telah dipotong secara semberono tanpa diberikan perlindungan secukupnya sebelum pembinaan dimulakan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...